Monday, 25 June 2012

SEKOLAH SELAMAT

Program Sekolah Selamat diadakan setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran kepada warga SMKSL mengenai keselamatan diri dan persekitaran...
Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat keselamatan oleh Cikgu Leong, tayangan video dan penyerahan hebahan (flyers) keselamatan kepada setiap ketua tingkatan untuk dipaparkan di dalam kelas masing-masing...

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN AKTIVITI MORAL

Sambutan Maulidur Rasul tahun ini disambut dengan alunan selawat dan ceramah...
Selain itu, pelajar juga membuat persembahan nasyid dan menyertai pertandingan kuiz yang telah diadakan..

Sementara pelajar-pelajar dan guru-guru Islam menyambut kelahiran nabi...
Pelajar-pelajar dan guru-guru bukan Islam pula menjalankan aktiviti moral di Dewan Terbuka..Aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Melukis Poster..


HARI GURU

"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
Itulah tema Hari Guru pada tahun ini....
Di SMKSL, HARI GURU disambut dengan pelbagai aktiviti untuk meraikan para guru yang telah menabur khidmat bakti mereka di sekolah ini....
Perarakan guru, Nyanyian Lagu Guru Malaysia, Bacaan Ikrar,
dan Pertandingan Masterchef guru.. 
Pertandingan Kad Ucapan Gergasi,Pemberian hadiah dan Jamuan Makan...

Semoga, para guru terus sentiasa iqamah dalam mendidik anak bangsa...

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Bertempat di Dataran Ilmu SMKSL dan dirasmikan oleh YB Adun Sungai Lembing, Hari Anugerah merupakan majlis meraikan mereka yang telah berjaya mencatat kecemerlangan pada tahun 2012. Gambar dirakam sebagai catatan memori warga SMKSL pada hari tersebut..
Persembahan pelajar-pelajar SMKSL sebagai halwa telinga hadirin yang hadir. 
Ketibaan VIP dan para jemputan 
Penyampaian anugerah kepada yang CEMERLANG..

Antara anugerah yang telah disampaikan ialah:
1.Pelajar yang mendapat pencapaian akademik terbaik mengikut kelas
2.Pelajar terbaik mengikut subjek (SPM dan PMR)
3.Anugerah Ibu Bapa Contoh (PMR dan SPM)
4.Anugerah Panitia Cemerlang
5.Pelajar terbaik PMR dan SPM
6.Anugerah Pekerja Cemerlang (APC)

Penerima Anugerah Pelajar terbaik bagi tahun ini ialah:
SPM: Engku Nasya Khairi
PMR: Intan Nur Zuliana

Penerima APC pula ialah
1.Cik Lee Siew Fong
2.Puan Salmah Karim
3.Encik Muhamad Shah Ghazali
4.Encik Bahari Abd Rahman
5.Encik Yusoff Md Ali

TAHNIAH ! ! ! 

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

Pada tahun ini, perkhemahan telah diadakan di sekolah pada 27-29 April 2012.
Antara gambar yang dapat dilampirkan untuk tatapan kenangan semua warga SMKSL..
Unit Beruniform yang terlibat 
-Masakan Rimba-Mini Gajet-Malam Kebudayaan 
-Taklimat-Melukis Bendera Kumpulan 
Explorace di sekitar Sungai Lembing
(Terima Kasih kepada komuniti Sg.Lembing yang sentiasa memberi kerjasama kepada sekolah)
-Pertandingan Kawad Kaki

TAHNIAH kepada semua ahli unit beruniform yang memberi kerjasama yang baik..
TAHNIAH kepada unit beruniform PENGAKAP kerana berjaya menjadi johan keseluruhan seterusnya bergelar UNIT TERBAIK 2012...

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

Pada 3-5 Mei 2012, Minggu Sains dan Matematik telah dijalankan dengan begitu meriah dan mendapat sambutan hangat daripada semua pelajar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Berikut antara gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan......










MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH

Minggu Antidadah telah diadakan dengan jayanya di SMKSL.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah:
1.Pameran AntiDadah
2.Ceramah
3.Pertandingan Melukis Poster
4.Pertandingan Mendeklamasi Sajak
 5.Pertandingan Sudut Antidadah antara Kelas
dan penambahbaikan sudut info mengenai dadah di sekitar sekitar sekolah.

Wednesday, 13 June 2012