FROG VLE

APAKAH FROG VLE?

FROG
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringanyang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.
Di SMK Sungai Lembing, projek Frog VLE 1 bestarinet akan dilaksanakan secara berperingkat yang akan bermula April 2014.
Langkah pertama yang perlu diambil ialah mendapatkan YES ID anda. Bagaimana caranya?
Dapatkan YES ID anda daripada SU ICT SMK Sungai Lembing (PN ROSAZELINA BT ABDULLAH).
Setelah itu, bolehla anda mula MELOMPAT bersama FROG VLE!

 

Setelah mendapatkan YES ID, anda dikehendaki mengaktifkan id tersebut. Aktifkannya di sini. Klik Pengaktifan YES ID 1bestarinet
Kemudian, log in di web frog sekolah di sini. KLik FROG VLE SMKSL

Sesi taklimat dan bantuan frog vle akan dijalankan dari masa ke masa.
Selain itu juga, anda boleh merujuk Modul ini sebagai panduan.
dan juga layari pusat pembelajaran maya Frog VLE di FROGASIA

Semoga warga SMK Sungai Lembing dapat menggunakan kemudahan teknologi yang telah disediakan untuk kita. Bersama membudayakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

video